Saturday, February 28, 2015

Mengenal Internet (TMK Tahun 5 KSSR)

LIHAT VIDEO DI BAWAH



Internet (singkatan perkataan bahasa Inggerisinter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.



Sekiranya kita menggunakan komputer biasa(tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia siber.

 Ia merupakan suatu perkhidmatan kepada kita semua. Sama juga dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain seperti elektrik, air, telefon, perubatan dan sebagainya.

Bilangan pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran(decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.








2 peranan penting internet:
·        

Sumber Maklumat

Menyimpan berbagai maklumat

dalam jumlah  tidak terbatas.

·       

Pertukaran Maklumat

Dapat menukarkan maklumat

karana menghubungkan jaringan dari satu komputer ke yang lain tanpa batas.

       Internet

menjadi pemicu globalisasi karena telah menghilangkan batas-batas dunia, dan

memungkinkan kita memperoleh data dari tempat-tempat yang sangat jauh.








Berikut adalah beberapa fasiliti internet, yang paling dikenal dan penting untuk diketahui:




1. E-mail (electronic mail)

    Pelayan untuk mengirim dan menerima pesanan. Setiap pesanan dapat dikirim dari suatu sistem ke sistem lain. Di belakang layar, pelayanan mail ini memastikan bahawa pesanan dikirim dan diterima secara lengkap pada alamat yang benar. Melalui email pula pengguna internet membentuk suatu forum diskusi yang membicarakan topik-topik tertentu dengan bentuk mailing list atau newsgroup.










2. www (world wide web)

    Sistem yang menggunakan tampilan grafik (window) sehingga dapat memberikan layanan yang sangat cepat. Tampilannya bukan hanya berupa teks, dapat berupa gambar dan suara serta videodengan mutu yang bagus kerana didukung oleh warna dan resolusi yang tinggi. Untuk dapat mengaksesnya kita memerlukan peranti atau perisian yang disebut web browser.










3. Search engine (Enjin Pancari/Enjin Gelintar)
    Fungsi pencarian data dalam bentuk laman web sesuai kategori atau keyword yang kita masukkan. Fungsi ini dimiliki oleh pelayar dan juga ada sejumlah laman web yang khusus.





Sejarah Ringkas INTERNET


Kemunculan internet dimulai pada 1966, oleh ARPA (Advanced Research Project Agency – Salah satu division di jabatan pertahanan U.S.) dengan idea membuat jaringan komputer untuk jabatan  pertahanan yang mampu bertukar data dari tempat yang jauh.
Di tahun 1969, ARPA dengan ARPANET berhasil menghubungkan dua komputer di University of California, Los Angeles dan SRI International di Menlo Park, California. Hal ini lah yang menjadi salah satu embrio kelahiran internet.
Di tahun 1974, TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol) diperkenalkan dan menjadi sangat popular serta diterima di tahun 80-an. TCP/IP adalah standard komunikasi data yang digunakan untuk proses tukar-menukar data dalam jaringan internet. TCP/IP adalah protokol/aturan yang digunakan bersama dalam memindahkan data dari satu komputer ke komputer lain dalam jaringan internet.
TCP/IP menggunakan skema pengalamatan yang disebut IP Adress. Satu skema yang memberikan satu alamat kepada satu mesin komputer, yang membuat data yang disimpan di dalamnya dapat diakses oleh komputer lain. Contoh IP Address: 205.116.008.044. 
Pada Oktober 1984, sistem domain name (.com, .org, .gov, .edu, etc) diperkenalkanDomain name adalah satu cara untuk membuat internet menjadi lebih mudah untuk di jelajahi. Teknologi TCP/IP memberikan satu IP address untuk setiap komputer yang membuatnya dapat diakses oleh komputer lain. Domain name adalah satu usaha untuk membuat internet menjadi lebih manusiawi dengan cara menjadikan domain name sebagai “alias” dari IP address. Lebih mudah menaipkanbloggingly.com daripada 192.12.12.98 kan? 
Jun 1987, format gambar gif ditemukan. GIF, atau graphic interchange format adalah salah satu format gambar digital yang relatif lebih berkesan (kerana ukurannya yang lebih kecil) daripada format gambar lain (misalnya .JPEG) yang membuat internet menjadi lebih berwarna dengan berbagai gambar dalam format .gif.
November 1990, format World Wide Web atau www diperkenalkan oleh Tim Barners Lee, seorang karyawan CERN (Organisasi gabungan negara-negara eropah yang meneliti teknologi nuklear.

Sejarah Perkembangan Internet

Dua hal yang penting namun seringkali pemahaman kita kurang tepat: internet dan world wide webadalah dua hal yang berbeza. Internet adalah jaringan komputer yang terhubung dalam skala global, sedangkan world wide web adalah salah satu pelayar internet yang berupa jaringan dokumen atau sumber daya lain seperti audio, video atau gambar yang saling berhubung olehhyperlink atau URL (Uniform Resource Locator – alamat web dokumen web yang anda taipkan diaddress bar browse) yang dipindahkan melalui jaringan internet melalui protokol HTTP (hypertext transfer protocol).
Internet di Malaysia
Pada awalnya ada berbagai macam format pertukaran data antara komputer yang wujud di jaringan internet. Malangnya, terkadang antara satu format dengan format yang lain tidak sesuai. Hal tersebutlah yang menyebabkan terciptanya world wide web sebagai platform internet yang bertujuan untuk menyeragamkan format pertukaran data di internet.
Ada beberapa server lain selain world wide web yang “bernaung” di dalam internet: Gopher, E-Mail, IRC.






KLIK DI SINI UNTUK MENJAWAB SOALAN




BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 : PENCEMARAN SUNGAI




Punca-punca Pencemaran Sungai

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri
daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Kesan-kesan Pencemaran Sungai

1. Menambahkan bebanan kerajaan
- kos pembersihan meningkat
- umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan bagi pembersihan dan pengindahan sungai
- kempen ‘Cintai Sungai Kita’ perlu diperkasakan lagi
- membazir kerana lebih perlu disalurkan untuk pembangunan negara

2. Kepupusan hidupan akuatik
- menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan
- membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau
- burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan
sukar terbang seterusnya mati
- spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu
- sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan

3. Menjejaskan sumber pendapatan nelayan
- menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat
- tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak
- meningkatkan kos pemulihan
- misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan

4. Menjejaskan kesihatan
- sumber air bersih berkurangan
- laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka
- penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan
- penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat
- Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih

5. Menjejaskan industri pelancongan
- tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa
- kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air
- pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah

6. Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai
- sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya
- persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan diri.


CONTOH :
KARANGAN BERFORMAT 
JENIS SYARAHAN

Tajuk :
Kesan Pencemaran Sungai

Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, Yang Berusaha Guru Besar ,guru-guru.panel hakim yang arif dengan keadilan, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya  saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Air Kepada Hidupan"

 Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-siasa minyak dibuang ke laut  oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab .

Di samping itu ,sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang tertentu dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran air berterusan. Kite terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.

 Manusia menggunakan air untuk pelbagai kegunaan harian,pertanian, dan perindustazn. Jika air tercemar , maka semua aktiviti tersebut tidak akan dilakukan. Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia . Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit ,muntah-muntah , dan ciri birit.

 Selain itu ,pencemaran air juga akan memberi kesan negatif kepada hidupan air saperti rumpair, ikan, dan sebagainya.Kepupusan hidupan air bakal memberi impak kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan . Pendapatan para nelayan jua turut terjejas.

Hadirin yang budiman,

 Sebelum mengundur diri, saya ingin mengegaskan bahawa pencemran air labih banyak merugikan kita . Oleh sebab, itu sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut ."Cintailah Sungai Kita ". Sekian,terima kasih.



KLIK UNTUK LATIHAN PENULISAN

KATA SENDI NAMA


KLIK GAMBAR DI ATAS UNTUK MENERUSKAN PEMBELAJARAN ANDA



KLIK LATIHAN DI BAWAH UNTUK UJI MINDA






Thursday, February 26, 2015

Set Lengkap Komputer


KLIK GAMBAR DI BAWAH



Ayat Bergambar

Klik gambar di bawah


KAWAD KAKI STATIK


26 FEBRUARI 2015