Saturday, February 28, 2015

BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 : PENCEMARAN SUNGAI




Punca-punca Pencemaran Sungai

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri
daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air. Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.

Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.

Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pengilangan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungaisungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak mencemarkan sumber air. Ini menghalang penembusan cahaya ke bawah permukaan air dan mengakibatkan kematian tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan akuatik.

Selain itu, industri perlombongan juga tidak kurang penting dalam mengakibatkan pencemaran air. Can gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi
minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, is akan mengakibatkan air tercemar. Ini memberi kesan kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik yang seterusnya menjejaskan sumber protein manusia.

Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.

Kesan-kesan Pencemaran Sungai

1. Menambahkan bebanan kerajaan
- kos pembersihan meningkat
- umpamanya, dalam RMK-8, sebanyak RM250 juta telah diperuntukan bagi pembersihan dan pengindahan sungai
- kempen ‘Cintai Sungai Kita’ perlu diperkasakan lagi
- membazir kerana lebih perlu disalurkan untuk pembangunan negara

2. Kepupusan hidupan akuatik
- menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan
- membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau
- burung pula jika terkena minyak akan menyebabkan
sukar terbang seterusnya mati
- spesis terancam semakin pupus, contohnya penyu
- sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan

3. Menjejaskan sumber pendapatan nelayan
- menyebabkan ikan berpindah habitat yang lebih selamat
- tumpahan minyak menyebabkan segala peralatan nelayan rosak
- meningkatkan kos pemulihan
- misalnya, tumpahan minyak di Pengerang telah menjejaskan pendapatan nelayan di situ memandangkan sumber pendapatan utama penduduk sekitarnya bekerja sebagai nelayan

4. Menjejaskan kesihatan
- sumber air bersih berkurangan
- laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka
- penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan
- penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat
- Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih

5. Menjejaskan industri pelancongan
- tumpahan minyak menyebabkan bau yang tidak selesa
- kawasan terumbu karang boleh terjejas teruk apabila berlaku pencemaran air
- pulau dan pantai akan kurang dikunjungi seandaianya tarikan alam marin ini terjejas dan musnah

6. Aktiviti rekreasi tidak lagi sesuai
- sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya
- persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan diri.


CONTOH :
KARANGAN BERFORMAT 
JENIS SYARAHAN

Tajuk :
Kesan Pencemaran Sungai

Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, Yang Berusaha Guru Besar ,guru-guru.panel hakim yang arif dengan keadilan, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya  saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk "Kesan Pencemaran Air Kepada Hidupan"

 Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-siasa minyak dibuang ke laut  oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab .

Di samping itu ,sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang tertentu dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran air berterusan. Kite terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.

 Manusia menggunakan air untuk pelbagai kegunaan harian,pertanian, dan perindustazn. Jika air tercemar , maka semua aktiviti tersebut tidak akan dilakukan. Air yang tercemar amat berbahaya untuk kesihatan manusia . Air yang tercemar juga boleh menyebabkan penyakit kulit ,muntah-muntah , dan ciri birit.

 Selain itu ,pencemaran air juga akan memberi kesan negatif kepada hidupan air saperti rumpair, ikan, dan sebagainya.Kepupusan hidupan air bakal memberi impak kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan . Pendapatan para nelayan jua turut terjejas.

Hadirin yang budiman,

 Sebelum mengundur diri, saya ingin mengegaskan bahawa pencemran air labih banyak merugikan kita . Oleh sebab, itu sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut ."Cintailah Sungai Kita ". Sekian,terima kasih.



KLIK UNTUK LATIHAN PENULISAN