MARI BERPANTUN
Burung kedidi dipohon nangka,
Anak bayan hingga di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.
Pergi ke darat mencari rotan,
Singgah turun memasang jerat,
Kita sepakat seiring sejalan,
Sama membangun teknologi maklumat.
Pergi ke hulu mengail betutu,
Ikan timan masak berlada,
Rakyat bersatu bertambah mutu,
Mendukung wawasan pemimpin berjasa.
Pergi Bintangor memakai sepatu,
Di Bukit Bangunan mencari rotan,
Negeri makmur rakyat bersatu,
Siasah pembangunan jadi pegangan.
Pergi ke muara mencari kepah,
Jual seraga di pasar tani,
Apa gunanya kita berpecah,
Marilah kita bersatu hati.
Dari kedah ke Kuala kubu,
Tunai hajat bersuka ria,
Banyak hikmah hidup bersatu,
Seluruh rakyat berasa bahagia.
Daun palas dilipat-lipat,
Buat kelupis di pagi raya,
Lama sudah hidup sepakat,
Hidup harmonis bertambah jaya.
Burung helang terbang rendah,
Terbang berkawan di pohon nangka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Lambang perpaduan bangsa merdeka.
Kalau hilir ke Kuala Sadong,
Bawa bersama jala dan pukat,
Bulat air kerana pembantung,
Majukan Malaysia kita sepakat.
Belajar perahu ke Kuala Paloh,
Membawa serai bersama sayur,
Kalau bersatu kita kan teguh,
Andai bercerai bangsa kan hancur.
Gunung Santubung indah ceria,
Di hati tersemat kasih terikat,
Tolong menolong amalan mulia,
Jiran sepakat membawa berkat.
Anak bayan hingga di dahan,
Orang berbudi kita berbahasa,
Mesra ikatan erat perpaduan.
Pergi ke darat mencari rotan,
Singgah turun memasang jerat,
Kita sepakat seiring sejalan,
Sama membangun teknologi maklumat.
Pergi ke hulu mengail betutu,
Ikan timan masak berlada,
Rakyat bersatu bertambah mutu,
Mendukung wawasan pemimpin berjasa.
Pergi Bintangor memakai sepatu,
Di Bukit Bangunan mencari rotan,
Negeri makmur rakyat bersatu,
Siasah pembangunan jadi pegangan.
Pergi ke muara mencari kepah,
Jual seraga di pasar tani,
Apa gunanya kita berpecah,
Marilah kita bersatu hati.
Dari kedah ke Kuala kubu,
Tunai hajat bersuka ria,
Banyak hikmah hidup bersatu,
Seluruh rakyat berasa bahagia.
Daun palas dilipat-lipat,
Buat kelupis di pagi raya,
Lama sudah hidup sepakat,
Hidup harmonis bertambah jaya.
Burung helang terbang rendah,
Terbang berkawan di pohon nangka,
Jalur gemilang berkibar megah,
Lambang perpaduan bangsa merdeka.
Kalau hilir ke Kuala Sadong,
Bawa bersama jala dan pukat,
Bulat air kerana pembantung,
Majukan Malaysia kita sepakat.
Belajar perahu ke Kuala Paloh,
Membawa serai bersama sayur,
Kalau bersatu kita kan teguh,
Andai bercerai bangsa kan hancur.
Gunung Santubung indah ceria,
Di hati tersemat kasih terikat,
Tolong menolong amalan mulia,
Jiran sepakat membawa berkat.
Alkisah dahulu kala ada seekor semut yang bersahabat dengan seekor belalang. Mereka suka sekali berpesta. Setiap malam mereka akan menghabiskan waktu untuk berpesta, makan-makan dan menikmati minuman. Berpesta dan berpesta itulah rutin mereka.
Sehingga suatu hari, sang semut mula menyedari, walaupun sekarang ini musim panas musim tengkujuh pasti akan datang juga. Dia terfikir kalau dia terus berpesta dan menghabiskan makanan dan minuman, maka apa yang akan di makan bila musim
tengkujuh tiba. “Aku tidak boleh berterusan begini, aku harus berkerja untuk mendapatkan makanan untuk bekalan ku di musim tengkujuh”katanya.
Akhirnya, sang semut mula mencari makanan untuk persiapan apabila nanti musim tengkujuh melanda. Hari demi hari sang semut terus mengumpulkan makanan sementara sahabatnya sang belalang terus menerus menghabiskan masanya bersuka-ria. Sang semut berkali-kali menasihatinya tapi hanya sia-sia kerana dia tetap tidak mempedulikannya.
Musim tengkujuh pun tiba sang semut tidak lagi keluar mencari makanan. “Nasib baik aku dapat mengumpul banyak makanan” katanya. Suatu hari di musim itu, ketika sang semut sedang berehat dia terdengar suara ketukan dari luar.”TOK…TOK…TOK”
Sang semut menjenguk dari jendela dan dilihatnya sahabatnya, sang belalang yang basah kuyup dan sedang kedinginan menanti di luar pintu. Sang semut pun membuka
pintu lalu menanyakan keadaan si belalang.
Rupanya sang belalang sedang kelaparan kerana sudah berhari-hari tidak makan. “Tolong aku wahai sahabat ku semut, berilah aku sedikit makanan jika tidak aku pasti akan mati”.
Semenjak hari itu sang belalang telah banyak berubah. Dia sudah menjadi seekor belalang yang rajin berkerja.